Tuesday 1 November 2011

TRIP TO SABAH...PELAJAR PRA U (ATAS)

Lawatan Pelajar Pra U (atas) ke negeri di bawah bayu iaitu Sabah merupakan satu kejayaan besar buat Persatuan Tingkatan Enam (PERTEB)terutama sekali buat jawatankuasa kerja yang berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Lawatan 5 hari 4 malam pada 19 -23 Julai 2011 yang lalu, banyak memberi pengalaman baru kepada semua peserta lawatan. Cikgu Rabilah sebagai Kaunselor Tingkatan Enam juga telah berpeluang menyertai lawatan ini. Menurut beliau, rombongan ini telah menginap di SMKA Kota Kinabalu dan kehadiran mereka disambut mesra oleh warga SMKAKK. Antara tempat menarik yang telah dilawati ialah kaki gunung Kinabalu, Tugu Peringatan Double 6, Shopping di Bornoe Mall, Pasar Filifina dan Pasar Kundasang. Banyak lagi tempat menarik yang kami tak dapat nyatakan di sini.

Tahniah kepada abang-abang dan kakak-kakak tingkatan enam atas atas usaha yang boleh dibanggakan. Apapun jangan lupa berterima kasih kepada Pengetua dan semua guru yang terlibat, tanpa bantuan mereka belum tentu program ni dapat dilaksanakan. Jom kita tengok antara gambar-gambar yang cikgu Rabilah sempat rakamkan buat tatapan pembaca blog ni.













 














"1 Sekolah 1 Blog ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling"



"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
– UBK SMK Belara

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...