Sunday 6 November 2011

MAJLIS RESTU ILMU PELAJAR PMR 2011

Dalam kehangatan sambutan Aidiladha hari ini, kami teruskan coretan untuk tatapan para pengunjung tentang aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak UBK SMK Belara. Majlis Restu Ilmu untuk pelajar PMR 2011, telah berlangsung di dewan Al Bukhari pada 2 Oktober 2011 yang lalu. Pihak pengurusan sekolah dan guru-guru menganjurkan program ini, bagi memberi ruang kepada para pelajar PMR 2011 memohon restu serta kemaafan dari guru-guru yang mengajar mereka sebelum menduduki peperiksaan. Kami paparkan antara detik-detik bersejarah untuk dikongsi bersama."TERIMA KASIH CIKGU".


Gambar Kiri: Barisan guru-guru yang sentiasa komited...antaranya Cikgu Yusof (guru Kemahiran Hidup) dan Gambar Kanan: Suasana tenang dalam dewan yang serba indah sewaktu calon-calon peperiksaan mendengar amanat terakhir sebelum menempuh peperiksaan PMR.

Dari Kiri: Cikgu Saldin, Cikgu Razak dan Cikgu Zamru.



Cikgu Mazana bt. Said menyampaikan pesanan kepada semua calon-calon supaya sentiasa meneliti keperluan-keperluan yang perlu disediakan untuk menduduki peperiksaan PMR.

Bonda kami (Pn. Jamia'h bt. Lasiman) mengambil kesempatan untuk menyampaikan amanat penting kepada semua calon-calon PMR SMK Belara.






"1 Sekolah 1 Blog ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling"



"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
– UBK SMK Belara

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...