Wednesday, 26 October 2011

Kata Alu Aluan Pengetua

Puan Jamia'h binti Lasiman

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, blog Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) yang merupakan laman blog rasmi UBK SMK Belara, Kuala Terengganu dapat disempurnakan dengan jayanya bersempena dengan "Pertandingan Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling" peringkat negeri Terengganu anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT). Dikesempatan ini saya ingin merakam ucapan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pembinaan blog ini. Harapan saya agar blog ini, sesuai dengan namanya seharus menjadi gerbang maklumat kepada semua pengunjung untuk mengetahui secara lebih mendalam mengenai perkhidmatan yang ditawarkan UBK SMK Belara serta perkembangannya. Malah dengan adanya blog ini, secara tidak langsung ia merupakan salah satu langkah yang diambil oleh pihak UBK untuk menyediakan maklumat tentang SMK Belara seiring dengan perkembangan Teknologi Maklumat (ICT).


Pembinaan blog UBK ini adalah sejajar dengan cita-cita dan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu melahirkan golongan celik komputer serta bersaing di persada dunia. Ini sekali gus menepati kehendak Wawasan 2020 yang meletakkan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju.

Alhamdulillah, kita dapat menyaksikan bahawa prestasi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Belara terus meningkat dalam pelbagai bidang, khususnya dalam bidang akademik. Semenjak Tahun 2001 hingga 2010 graf prestasi terus bertambah baik sama ada di dalam Peperiksaan PMR, SPM mahupun STPM. Diharap semoga peningkatan ini akan bertambah melalui kerjasama erat pelajar, guru, ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah (PIBG).

Penekanan Pendidikan sekarang adalah untuk menghasilkan pelajar cemerlang dari segi akademik, akhlak dan agama yang kelak akan melahirkan modal insan cemerlang. Modal insan cemerlang menjadi satu faktor penting ke arah pembangunan negara pada masa hadapan. Sumbangan bermakna ke arah kemajuan agama, bangsa dan negara melalui pelajaran yang mantap diharapkan dapat menjana pembangunan negara.

Warga sekolah sewajarnya sentiasa memberi tumpuan ke arah menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Belara sentiasa cemerlang dan untuk itu, mestilah pula berusaha gigih demi merealisasikan mencapai kecemerlangan kerana tiada jalan pintas untuk mencipta.

Sekian, terima kasih.
'SENTIASA MENJANA KECEMERLANGAN BERSAMA'

PENGETUA
SMK Belara,
21200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.



"1 Sekolah 1 Blog ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...