Monday, 24 October 2011

Masa Itu Emas

MASA … apabila kita membuat analisa mengenai masa kehidupan kita, kita mendapati masa kita sudah banyak dipersia-siakan oleh diri kita sendiri. Secara umumnya, kita tidak menyedari kehilangan itu kerana ramai orang memandang remeh mengenainya. Meskipun pelbagai kerugian jelas kelihatan di sudut pandangan matanya, namun tindakannya masih belum diatur sebaiknya untuk dilakukan. Ini kerana kita sering lalai dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Perkara-perkara yang tidak berfaedah ituselalunya menarik jiwa manusia kerana seronok melakukannya. Tetapi keburukannya jauh lebih besar dan lebih mudarat apabila dibandingkan dengan keseronokkannya.Dalam satu hari kita diberikan masa sebanyak 24 jam. Setiap orang di dalam dunia ini diberikan masa selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan dan 12 bulan setahun.

Tetapi mengapa sesetengah orang yang tergolong dalam golongan orang yang berjaya dan berdaya maju dapat menghasilkan sesuatu yang semakin bertambah dan semakin baik sepanjang pertambahan usia kehidupannya. Cuba kita fikirkan dan kira berapa banyak masa yang perlu kita ketepikan bagi memenuhi keperluan tabiat kehidupan manusia seperti tidur, makan, bergurau, berkomunikasi dan sebagainya? Secara purata manusia sudah mengetepikan masa sebanyak 6 hingga 8 jam daripada 24 jam sehari untuk masa tidurnya. Kemudian 2 hingga 3 jam bagi masa makannya. Ia tidak termasuk masa untuk perjalanan ke tempat mendapatkan makanan dan masa untuk menyediakan makanan. Tidak cukup dengan masa tidur yang diketepikan, manusia masih lagi memerlukan masa rehat tanpa tidur yang sering diselangi dalam masa pekerjaannya. Termasuk juga masa terbuang secara tidak sedar bagi kerja yang kurang penting seperti berbual kosong. Akhirnya, masa yang benar-benar kita manfaatkan dalam sehari tidak pernah lebih daripada setengah hari bahkan lebih ramai yang kurang daripada suku hari. Lebih teruk lagi, tanpa disedari ada juga antara kita pernah hanya memanfaatkan kurang dari sejam dalam sehari. Tidakkah ia jelas dipandang sebagai perkara yang merugikan kerana seolah-olah kita hanya menggunakan sedikit daripada suatu yang berharga , yang diberikan secara adil dan saksama bagi setiap manusia. Hanya sedikit yang diambil daripada yang banyak.

Benarlah firasat yang pernah diramal Nabi Muhammad SAW bahawa akan datang suatu zaman di mana masa itu berkurang. Setahun kelihatan seperti sebulan.sebulan dirasakan seperti seminggu. Seminggu dirasakan seperti bagai sehari dan sehari bagaikan sejam. Masa dirasakan berlalu dengan amat pantas, seolah-olah ia terlalu singkat. Sebagaimana yang difahami oleh para ulama’ mengenai hadis ini masa yang dirasakan singkat itu adalah daripada sudut pandangan individu itu denan peredaran masa kahidupannya. Orang yang merasakan tempoh setahun itu bagaikan sebulan kerana masa yang dimanfaatkan dalam tempoh setahun seakan-akan sebulan sahaja banyaknya iaitu selama 720 jam yang dikutip dan dikumpulkan daripada hari-harinya.

Renungkan masa kita sendiri. Adakah masa yang terbuang itu secara sengaja atau tidak sengaja serta adakah pembaziran masa itu dapat dielakkan atau tidak dapat dielakkan? Sepanjang hidup kita, berapa banyak masa yang benar-benar sudah dimanfaatkan? Cuba jujur, kira dan renungkan.




"1 Sekolah 1 Blog ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling"



Sumber di atas dipetik dari:
http://kaunselor-wafa.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...