Monday 24 October 2011

Falsafah, Visi, Misi dan Moto UBK

Salam… di sini kami paparkan maklumat berkaitan dengan Visi, Misi dan Falsafah Unit Bimbingan Kaunseling.



Falsafah

Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelengkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.


Visi
Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, terapeutik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah.


Misi
Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek pengayaan, perkembangan,pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan, ketrampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat ‘madani’ melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan , beramanah berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan.


Moto
Kaunseling Untuk Kesejahteraan Semua



"1 Sekolah 1 Blog ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...