Friday 28 October 2011

Khidmat Komuniti Di Teluk Berakit, Pulau Kapas

Guru dan peserta lawatan dari SMK Belara bergambar kenangan di Pulau Kapas, Marang, Terengganu

Kelab Pembimbing Rakan Sebaya dan Kelab Pelancongan Sekolah Menengah Kebangsaan Belara (SMK Belara) telah berkoloborasi dengan menganjurkan Program Lawatan Kenali Flora-fauna dan Khidmat Komuniti bertempat di Pulau Kapas, Marang Terengganu. Program ini telah disertai oleh 30 orang peserta yang mewakili kelab masing-masing terdiri daripada 15 orang yang ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya dan Kelab Pelancongan SMK Belara. Turut serta dalam program ini ialah 4 orang guru pengiring.

Lawatan ini memberi banyak manfaat kepada pelajar dalam memperkasakan nilai jati diri. Pendedahan secara langsung tentang peri pentingnya penerapan budaya suka akan kebersihan patut disemai ke dalam setiap diri pelajar sejak di bangku sekolah lagi. Menurut Guru Penasihat Kelab Pelancongan SMK Belara, Ahmad Yusri Jusoh, 35, lawatan ini bertujuan membuka minda dan meluaskan pengetahuan pelajar dengan melawat tempat-tempat menarik khususnya yang terdapat di negeri Terengganu. Lawatan ini dapat merapatkan hubungan silaturrahim dan semangat bekerjasama dalam kalangan ahli kelab.


Peserta sedang melakukan aktiviti Keyakinan di Air.

Cikgu Ahmad Awang (GPK HEM) turut mengawasi peserta ketika berlangsungnya aktiviti di air.

Beliau berkata, melalui lawatan ini para pelajar dapat didedahkan dengan maklumat yang tepat dan hubung kait ilmu yang dipelajari dengan alam sekitar, ekonomi, sosio budaya dan kerjaya. “Antara aktiviti yang boleh membantu pelajar ke arah meningkatkan ilmu ialah lawatan ke tempat pelancongan dan menjalankan khidmat komuniti di tempat yang dilawati tersebut”.




Suasana sewaktu aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dijalankan.

Ahmad Yusri berkata, pengisian program yang telah disusun seperti aktiviti keyakinan di air dan merentas hutan telah berjaya menguji ketahanan fizikal dan mental peserta. “Bagi memastikan tempat-tempat pelancongan yang dikunjungi sentiasa menggamit setiap pengunjung yang datang, kami mengambil kesempatan ini dengan menjalankan program khidmat komuniti iaitu bergotong royong membersihkan kawasan Teluk Berakit, Pulau Kapas,” katanya. “Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang telah dijayakan dengan bantuan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) SMK Belara turut memberi impak yang positif sewaktu menjalankan Program Lawatan Kenali Flora-fauna dan Khidmat Komuniti kali ini”.



"1 Sekolah 1 Blog ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling"




"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
– UBK SMK Belara

1 comment:

AHMAD YUSRI JUSOH said...

Pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan sewaktu aktiviti 'jungle trecking'...akhirnya
sesampai di Teluk Berakit, hilang penat dan lelahku...menyaksikan panorama Ilahi.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...