Pada 28 September 2011, Unit Bimbingan Kaunseling sekolah telah mengadakan Program Taklimat Kemasukan Pelajar ke SM Teknik kepada semua pelajar lepasan PMR. Ianya merupakan acara tahunan Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah bagi memberi pendedahan tentang kerjaya di SM Teknik, kursus-kursus yang ditawarkan, cara-cara membuat permohonan serta pendedahan kerjaya di bidang teknikal dan vokasional. Dua orang penceramah dijemput untuk memberi penerangan berkaitan aliran teknikal dan aliran vokasional. Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat atas kerjasama dan perhatian yang anda semua berikan dan, terima kasih juga pada Cikgu Wan Shariff bin Wan Salim dari SM Teknik Lapangan Terbang dan Cikgu Mohd Ariffin Abdullah dari SM Teknik Wakaf Tembesu. Tahun depan datang lagi yer…. Jom tengok sebahagian gambar yang diambil sepanjang program dijalankan.
Cikgu Mohd Ariffin dari SMT Lapangan Terbang sedang menyampaikan ceramah.
Semua pelajar tekun memberi tumpuan terhadap penerangan yang diberikan.
"1 Sekolah 1 Blog ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling"
"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
– UBK SMK Belara
No comments:
Post a Comment