Sunday, 30 October 2011

Kem Rehat Minda Pelajar Cemerlang SPM dan STPM 2011

Bergambar kenangan bersama ibunda tersayang, Pn Jamia'h binti Lasiman,
Pengetua SMK Belara di Bukit Kluang Beach Resort.

Kem Rehat Minda Pelajar Cemerlang SPM dan STPM 2011 telah berlangsung dengan jayanya pada 27-28 Oktober 2011 baru-baru ni di Bukit Kluang Beach Resort, Besut Terengganu. Hasil kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan Projek SPM dan STPM ini diadakan sebagai pembakar semangat kepada pelajar-pelajar yang menjadi harapan sekolah untuk terus berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang menjelang peperiksaan sebenar nanti. Bestnyer, program kali ni berbentuk santai... memang pergi berehat betul...release tension gitu...tapi cikgu Rabilah (nama pun kaunselor)hehehe.... tetap letakkan satu slot motivasi di sebelah malam untuk pelajar terus ingat matlamat utama mereka terutamanya sebagai pelajar harapan sekolah.... Paling bermakna slot terakhir sebelum balik bersama Ibunda tersayang, Pn Jamia'h Lasiman...Kata-kata semangat yang diberikan oleh Ibunda kepada semua peserta membuatkan mereka lebih yakin untuk mencipta kecemerlangan buat diri sendiri dan ibu bapa. Di samping itu, pastinya untuk mengharumkan nama sekolah tercinta sebagai membalas jasa guru-guru yang tak pernah letih mendidik kami. InsyaAllah. Jom kita tengok betapa bestnya diaorang ni rehat kat Bukit Keluang Beach Resort.

Cikgu Saldin, orang kuat program kali ni...tak de cikgu Din tak dapatla diaorang ni masuk kolam..TQ cikgu

Sampai-sampai hotel dah terjun kolam....hehehe, best gitu.



Ramai benor nak tangkap bola... tapi mamat baju hitam tu buat aksi ape pulak...tiba-tiba je bau semacam....hahaha


Sebelah malam, slot motivasi oleh Cikgu Asmawi, Kaunselor dari SMK Nasaruddin Shah, Besut.
TQ Cikgu Asmawi atas perkongsian yang cukup bermakna. TQ gak to Cg Wan Azlan atas kesudian menyampaikan hadiah kepada tuan penceramah

Hari Kedua...
Pagi yang nyaman, udara yang segar. Sempat tengok matahari terbit di Pantai Bukit Keluang

Sambil tu ape lagi.....posing time la........


Penat jaga student...time cikgu lak posing....cun gitu....sayang cikgu!!!
tapi mana cikgu Din n Cg Lan erkkkk... sian orang tak ajak...


Balik hotel terjun kolam lagi. Hari ni ada sukaneka air




Slot terakhir sebelum balik .... Amanat daripada Ibunda Tersayang 


Yes!...Dapat hamper lagi...TQ Ibunda



Makan Tengah hari sebelum bertolak pulang ke SMK Belara




"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
– UBK SMK Belara


"1 Sekolah 1 Blog ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...