Tuesday, 25 October 2011

KEMAHIRAN MEMBACA

Dalam proses Kemahiran Belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran, Berikut adalah beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca:

1. Membaca secara BERHATI-HATI
 Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca
 Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya
 Elakkan gangguan radio dan televisyen

2. Membaca secara MENYELURUH
 Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir
 Jangan anggap bahagian pengenalan kurang apenting
 Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab.

3. Membaca secara BERULANG-ULANG
 Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik
 Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam
 Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca fakta penting.

4. Membaca dalam SUASANA yang SELESA
 Lampu hendaklah dipasang dengan terang.
 Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap.
 Udara sekitar mestilah mencukupi
 Suhu bilik sederhana. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas.

5. Berasa dalam KEADAAN selesa
 Duduk dengan betul
 Pastikan kamu tidak deman, pening, selsema dan sebagainya.
 Jangan berbaring ketika membaca. Kamu mungkin tertidur atau mengantuk.

6. Baca secara PERPERINGKAT
 Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.
 Peringkat seterusnya ; membaca isi untuk mendapatkan maklumat: pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota digunakan.

7. Cuba BENTUK SOALAN ketika membaca
 Gunakan kaedah 1 husband 6 wives
 Dengan membentuk soalan kamu akan lebih ingat isi yang dibaca.


8. CATATKAN isi yang dibaca
 Dengan mencatat kamu menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca, mencatat, mengingat.
 Ketika mencatat kamu berfikir “Apakah yang perlu dicatat?” Ingatan kamu menjadi lebih tajam.

9. Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca
 Pastikan pen,, highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.
 Tandakan isi-isi penting dengan highlighter.
 Gunakan kamus untuk mencari perbendaharaan kata yang sukar.
 Gunakan penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian.
 Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting.

Antara teknik-teknik membaca yang boleh digunakan ialah :

1) Teknik Membaca SQ3R (Survey-Question-Read-Recite-Review)
Teknik membaca ini meminta pembaca membuat analisis mendalam tentang bahan yang dibaca. Teknik membaca SQ3R adalah teknik yang amat berkesan untuk pembelajaran bahasa. Langkah-langkah membaca menggunakan teknik membaca SQ3R:

 Lihat tajuk utama sepintas lalu bagi melihat idea keseluruhan.
 Tukarkan tajuk utama menjadi soalan.
 Baca keseluruhan bahagian bagi mendapatkan jawapan.
 Selepas membaca petikan, susun idea dan isi penting dengan bimbingan guru.
 Menyebut tajuk utama bagi setiap bahagian, perenggan melalui ingatan bagi menjawab soalan.


a. Meninjau (Survey)
Cara mendapatkan pandangan sebelum membaca adalah seperti berikut.
• Tajuk bab.
• Rangka kasar bab.
• Pengenalan.
• Tajuk utama dan subtajuk kecil.
• Ringkasan bab.
• Soalan ulang kaji.

b. Menyoal (Question)
• Membentuk soalan daripada tajuk kecil dalam petikan.
• Soalan bagi meninjau gambaran keseluruhan kandungan teks.

c. Membaca (Read)
• Berikan perhatian ke atas soalan yang sudah dibina.
• Membaca teks dengan teliti.

d. Mencatat (Recite)
• Membuat catatan ditepi petikan bagi memberi panduan menyatakan semula isi.

e. Menyatakan Kembali (Review)
• Menyatakan dalam bentuk lisan berdasarkan catatan yang sudah dibuat.

f. Membuat bayangan/gambaran (Review)
• Memikirkan cara menggunakan idea yang sudah dibaca.
• Apabila tidak jelas, baca semula.
• Bahagian mana yang tidak bermakna
• Fikirkan juga hubungan antara bab.

2. Teknik Membaca KWLH
Teknik ini sesuai bagi mengaktifkan pengetahuan lalu pelajar. Model membaca ini berfungsi untuk menjana pemikiran yang aktif ketika membaca.
K (Know) - apa yang diketahui
W (Want) - apa yang hendak diketahui
L (Learned) - apa yang hendak dipelajari semasa membaca bahan bacaan
H (How) - tambahan maklumat berkenaan tajuk yang dibaca

Teknik pembacaan KWLH adalah suatu teknik membaca yang kritis supaya pelajar dapat meninjau apa yang sudah diketahui, apa yang akan diketahui, apa yang sudah dipelajari selepas membaca dan bagaimana perkara-perkara tambahan yang ingin diketahui dapat dipelajari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...