Sunday 30 October 2011

Program Keibubapaan Pelajar-pelajar PMR, SPM dan STPM 2011

Program Keibubapaan Pelajar-pelajar PMR,SPM dan STPM 2011 telah berlangsung dengan jayanya pada 21 April 2011. Apa yang membanggakan hampir 400 orang ibu bapa hadir memenuhi dewan Al Bukhari sebagai tanda sokongan dan kecaknaan kepada anak-anak mereka. Program telah diramsikan oleh Tuan Hj Roshaili bin Taha, Pengarah Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu. Apa yang lebih membanggakan pihak APMT telah bermurah hati menaja sepenuhnya dua program kecemerlangan untuk pelajar SPM dan STPM serta satu program lawatan kepada guru-guru atas segala jasa yang cikgu curahkan kepada semua warga pelajar SMKB. Terima Kasih semua....Ibu, Bapa.. Pihak APMT dan semua guru yang kami sayangi... Jom kita tengok gambar-gambar sepanjang program ini berlangsung.

Pendaftaran Ibu Bapa... best sangat bila tengok mak ayah pakat datang ramai-ramai


Penyambut tetamu tetap maintan cun menerima tetamu yang hadir...


Orang kuat PIBG.....TQ Tuan Haji Wan Sagar dan ahli PIBG 
yang lain sentiasa menyokong program sekolah.

Sokongan yang tidak berbelah bahagi....Mak dan ayah mula memenuhi dewan.

Kehadiran tetamu VIP, Tuan Hj. Roshaili bin Taha, Pengarah APMT disambut mesra oleh mantan Pengetua.


 
Ibu bapa khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh tetamu jemputan kita.



Siap sedia untuk melayan tetamu makan...pastinya hidangan yang best...
tengok meja dah rasa lapar...


Cenderamata buat tetamu VIP yang sudi hadir
 
Terima kasih atas sumbangan bermakna ke arah kecemerlangan pelajar sekolah SMK Belara.
 


'Catatan Kenangan' sebelum berangkat balik....terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi.



"1 Sekolah 1 Blog ke Arah Transformasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling"


"Artikel di atas ditulis berdasarkan pengalaman sendiri"
– UBK SMK Belara

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...